KENALI TEAM I-CLIPHS
SHAFIYAH BINTI JEMARI yang kini lebih mesra dengan panggilan Ustazah Sofi. Beliau merupakan Admin cum Executive Marketing Inspire Caliph Training & Consultancy.
Beliau juga turut bergiat aktif dalam berbagai-bagai program sebagai fasilitator bersama-sama 'Trainer Inspirasi' iaitu Da'Shazwan dan Ustaz Zul.
Beliau merupakan seorang pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda Syariah (Fiqh) di bumi timur tengah, Jordan. Keutamaan bagi beliau kini adalah bekerja sebagai guru kelas agama dan fardhu ain (KAFA).
Selain itu juga, beliau membuka dan menerima para pelajar tanpa mengenal had umur untuk kelas mengaji Al-Quran sama ada secara berkumpulan mahupun personal.
MUHAMMAD FARIS BIN FATIM NOR MUBEEN atau lebih dikenali sebagai Faris Mubeen merupakan Eksekutif Latihan & Modul merangkap Ketua Fasilitator Inspire Caliph Training & Consultancy. Beliau juga merupakan penulis buku Fazakkir terbitan Must Read Sdn Bhd dan EBook berjudul Kisah Fazakkir.
Kini, beliau menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Buku Fazakkir pernah diulaskan di dalam Berita Harian pada 28 Sep 2018 menyebabkan beliau turut dijemput sebagai penceramah bagi Sesi Bicara Bedah Buku Fazakkir.
Aktif bersama-sama 'Trainer Inspirasi' iaitu Da'i Shazwan dan Ustaz Zul dalam menjayakan program-program yang dijalankan.
Aktif bersama-sama 'Trainer Inspirasi' iaitu Da'i Shazwan dan Ustaz Zul dalam menjayakan program-program yang dijalankan.
Comments
Post a Comment