KENALI TRAINER
MUHAMMAD SHAZWAN ZAKARIA BIN RIDHWAN SELVADOREY merupakan pengasas (founder) Inspire Caliph Training & Consultancy merangkap Pengarah Urusan Inspire Caliph Training & Consultancy. Beliau turut dikenli sebagai DAI SHAZWAN yang merupakan peserta Finalis Da'i Pendakwah Milenia TV3. Beliau juga merupakan PEMILIK SUARA AZAN TV3.
Beliau merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda Al-Quran dengan Multimedia di Univerisiti Sains Islam Malaysia (USIM). Kini, beliau bekerja sebagai penceramah agama dan motivasi di masjid-masjid. Beliau juga bekerja sebagai guru kelas agama dan fardhu ain (KAFA).
Pernah dijemput sebagai panel jemputan di dalam rancangan Tanyalah Ustaz TV9 dan juga pernah menjadi panel jemputan di dalam rancangan 30 Minit Ustaz Don.
MUHAMMAD ZULFADLI BIN ZULKIFLI HASSAN atau lebih dikenali sebagai USTAZ ZUL merupakan pengasas (founder) juga merangkap Timbalan Pengarah Urusan Inspire Caliph Training & Consultancy. Beliau turut aktif memberikan ceramah motivasi dengan tagline beliau yang popular iaitu 'JIHAD MOTIVASI'.
Beliau merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda Syariah Fiqh dan Usul di Jordan. Beliau juga merupakan mantan Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia, Jordan.
Kini, beliau bekerja sebagai penceramah agama bertauliah (Perak dan Wilayah Persekutuan) dan guru kelas agama & fardhu ain (KAFA).
Beliau pernah menjadi penceramah motivasi 'DERMAGA' ABIM, Perak dengan kerjasama Majlis Agama Islam Perak (MAIPK).
Beliau pernah menjadi penceramah motivasi 'DERMAGA' ABIM, Perak dengan kerjasama Majlis Agama Islam Perak (MAIPK).
Comments
Post a Comment